Perlanggaran dan ketidakpatuhan SOP Kontroversi Najib Razak

Pada 20 Mac 2021, Harian Metro melaporkan satu video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib dilihat masuk ke restoran berkenaan dengan tidak melakukan imbasan suhu serta mendaftar MySejahtera tular di media sosial.[113] Pada 6 May, Najib dikompaun RM3,000 atas dua kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).[114]

Pada 18 November 2021, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membangkitkan rakaman sebuah video yang tular memaparkan Najib menurunkan tandatangan di sebuah motosikal semasa berkempen malah meminta Najib dikenakan kompaun maksima sebanyak RM 50.000 kerana didakwa melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa memerhatikan kempen Najib.[115]

Pada 11 Januari 2022, polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis Parti Makkal Sakti yang dihadiri Najib.[116]

Pada 27 Februari 2022, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan meneliti rakaman video yang dikatakan menunjukkan Najib melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 semasa berkempen di Perling, Johor.[117]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi Najib Razak http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://abcnews.go.com/International/wireStory/mala... http://www.reuters.com/article/2015/07/24/us-malay... http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/saraw... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/pr... https://www.asiaone.com/malaysian-pm-najib-razak-n...